Archive for July, 2011

So sorry, aku tak dapat join ke SBJ untuk menyaksikan game penting ni. Frust jugak tak dapat pergi tapi apa boleh buat, lepak depan tv jelah. And after 90 minutes play kita gagal menyaingi Singapura selepas hanya mampu seri 1-1. So Singapore get thru with 6-4  aggregate. Anyway I’m happy to see 90k of Malaysian supporters yang memenuhi setiap pelusuk SBJ. Macam final AFF pulak. Kudos to all of you. And as well Super Safee, Kuna and Apek yang menunjukkan permainan taraf dunia. Yang lain bukan tak bagus cuma below par dan sikit lagi nak capai piawaian world class.

Back to the game, aku fikir2 kenapa diorang asik salahkan coachla, pemilihan player tak betul la, player tak bagi hundred percent la, itulah inilah. Bila menang dialah juara, dialah yang hebat tapi bila kalah kenapa mereka dimaki hamun. Kalau aku kata korang ni up time Malaysia menang pun tak adil sebab kita semua rakyat Malaysia dan ada hak menyokong dan meminati pasukan negara. Lebih2 lagi yang beli tiket sebagai peminat, tentunya mahu RM30.00 yang dibayar dibalas dengan kejayaan. Namun sedarlah, pemain sudah mencuba sedaya upaya. Tiada siapa mahukan kekalahan dan tiada siapa yang main sambil lewa. Cuma mungkin pemain seperti Ismail Faruqi, Hadi Yahya, Muslim dan Fadhli adalah pemain muda yang masih mencari pengalaman. Semalam merupakan pengalaman berharga mereka. Tunggulah 5 tahun lagi pastinya mereka ini akan matang.

Aku berfikir lagi. Sebagai pemain bolasepak dan peminat, kita tak lari dari kemenangan dan kekalahan, kecundang dan berjaya, semua itu telah ditentukan. Apa yang mampu kita lakukan ialah usaha dan doa. Sebagai pemain, aku terlibat dengan banyak game, adakalanya menang dan ada juga kalah. Tapi nyata 10 kali menang pun tak sepahit sekali kekalahan dan jika kita tewas hari ini, pasti akan ada kejayaan esok hari tanpa kita sedari.

Aku flashback masa team Malaysia tengah jatuh dan tak dipedulikan. SEA games out, siap kena belasah 0-6 dengan Indonesia masa tahun 1996, dimalukan Laos 2002, kegagalan penalti Khyril Muhymeen di Singapura pada 2007 dan kesilapan bodoh Helmi Eliza pada AFF 2009 semua telah mengajar aku erti kekecewaan dengan team Malaysia ini. Tapi ada sinar pada hujung 2009, menang emas SEA games sebelum kejayaan terunggul menjuarai AFF 2010. Ingatkah kita masa di SBJ kita menang 3-0 dan kemudian Indonesia yakin dapat benam kita di GBK pada return leg, tapi kita bertahan dan walaupun kalah tetap menang menerusi aggregat. Begitulah hukum karma berbalik kepada kita. Tewas 3-5 di JBS, walaupun yakin untuk menang, Singapura menyerap asakan dan terus menang 6-4. Nasib baik aku dah biasa dengan kekalahan. Bukan tak rasa kecewa tapi aku imun kerana bukan menyokong bila pasukan menang sahaja. Begitulah hukum karma, kita tak tahu apa keputusan akan datang tapi kita perlu bersedia menerima kekalahan. Dan kekalahan hari ini adalah pengalaman untuk kejayaan hari esok. Ingat hukum karma, hari ini kita tewas esok pasti ada kejayaan lebih manis buat kita.

Apapun aku bangga dan gembira, ada rakan-rakan di pejabat mula meminati pasukan Malaysia. Dah boleh ingat nama, dah boleh komen permainan, ulas prestasi player. Dari pegawai atasan sampai kerani semuanya cerita pasal bola. Kalaulah Malaysia menang semalam entah sampai bila cerita tu nak abis. Syabas semua, saya dah ada geng untuk bual bicara pasal Malaysia. Teruskan menyokong dan jangan terhenti saat pasukan tewas.

Sebelum berpisah, layan lagu Negaraku yang bisa meremangkan bulu roma. Klip dipetik dari youtube salah seorang penyokong Malaysia. To all Harimau Malaya who turn out to SBJ and the rest who watch tv, you all rock guys.

Negaraku at SBJ

Kita jumpa lepas raya nanti untuk kelayakan olimpik pulak. Selamat menyambut bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dari tahun 2 sebelumnya. Peace 🙂

Picture credit to : Support Malaysia League FB, Ahmad Hafiz Hod

Sabtu lepas aku sempat menjelajah ke Kota Singa untuk tengok ‘live’ depan mata aksi Harimau Malaya menentang Singapura untuk Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014. Memang antara Malaysia dengan Singapura untuk layak ke WC2014 masih jauh dari kenyataan. Tapi memandangkan penyeteruan Malaysia-Singapura dalam bolasepak menjadikan game ini wajib ditonton di stadium. So jom ikuti apa yang telah berlaku di Stadium Jalan Besar, Singapura.

4.00 petang : Sampai CS. Lepak McD dulu sambil tunggu Alfian (sepupu aku dari Singapura). Last kitorang tengok bola sama ialah pada 1994 masa Singapura-Pahang, final Piala Malaysia.

5.00 petang : Gerak masuk Spore dengan kereta baru Mazda SUV Alfian ditemani Fatihah. Lepak Fajar Road dulu (rumah Alfian) dan dalam pukul 6.00 kita gerak pergi JBS. Jarak dari Bukit Panjang ke JBS lebih kurang 25km.

7.00 mlm : Sampai JBS, sibuk carik parking. Stadium tengah bandar takde proper parking so letak jelah di celah2 kedai. Jalan masuk dipenuhi manusia berbaju merah (Spore) dan biru, kuning (Msia). Aku dan geng2 duduk di grandstand dengan tiket SGD15.00. Duduk kat GS aman sikit sebab walaupun kita duduk bercampur Msia dgn Spore tapi takde provokasi sebab semua datang dengan family dan mempunyai mentaliti yang tinggi. Datang untuk enjoy the show.

7.00 mlm : Sampai JBS, sibuk carik parking. Stadium tengah bandar takde proper parking so letak jelah di celah2 kedai. Jalan masuk dipenuhi manusia berbaju merah (Spore) dan biru, kuning (Msia). Aku dan geng2 duduk di grandstand dengan tiket SGD15.00. Duduk kat GS aman sikit sebab walaupun kita duduk bercampur Msia dgn Spore tapi takde provokasi sebab semua datang dengan family dan mempunyai mentaliti yang tinggi. Datang untuk enjoy the show.

7.30 mlm (first half) : Game start dengan lagu Negaraku dan Majulah Singapura. Belum sempat adjust tempat duduk Safee da score. Dalam hati terdetik banyak gol akan tercipta malam ni. Sekali lepas je gol Safee tu, Msia terus kena attack. Lepas tu sebijik sebijik masuk membawa ke 4 bijik dalam 45 minit yang pertama. Tak dinafikan defend Msia agak fragile malam tu. Muslim dan Fadli seakan dipukau di tgh padang.

8.30 mlm (second half) : Msia cuba bangkit tapi Safiq Rahim pulak jadi punca, dapat red card. Nasib baik lepas 5 minit Spore player pulak sees red. So dapat rasa lagi kebangkitan. Bila Kuna da jadi lipas kudung, Mahali pulak asik kat atas je memang nampak Msia nak gol. Hasilnya Hadi dgn Safee score within two minutes. Yang aku tak percaya Safee boleh sliding pakai dada lepas score 3rd goal tu. GILA! Padang artificial beb bukan padang rumput asli. Mau tak melecet dada tu Safee oiiii…DA seronok buat comeback, Muslim lagi sekali buat kelakar. Kena rounding dengan Duric pastu bola masuk celah kangkang. Kecewa betul…Fulltime result Spore 5 Msia 3. So nak tak nak Msia kena menang at least 2-0 Khamis ni.

9.30 mlm : Bergerak keluar. Bila jalan nak pergi kereta ada group Ultras Malaya ni bikin kecoh. Kena provok sikit pun hati kristal, nak bergaduh kat tempat orang. Ingat kat Malaysia ke? Nasib baik Polis tu tak sebat ko. Yang aku menyirapnya ada mamat ni main langgar Alfian pastu dengan aku2 sekali. Apahal lu bai? Lu taknak balik Msia ke? Lu datang nak tengok bola ke nak carik gaduh? Pastu chanting orang ‘anjing…anjing’…Lu sape bai nak chanting orang anjing?

10.30 mlm : Lepak mamak kat Serangoon tenangkan hati yang panas dek perangai pendek akal budak2 Ultras ni. Personally aku yang mintak maaf pada Alfian for the Malaysian behaviour. Bayangkan they welcome us but we behave like monkeys over there. Shame on u ultras! NAsib baik mamak tu punye satay sedap.

11.30 mlm : On the way back to JB. Nasib baik jalan tak jammed dan tepat jam 12.15 aku sampai CS. Thanks for Alfian and Fatihah for the hospitality and Malaysian players for the wonderful game. Eventhough kita tewas, kita pasti bangkit Khamis ni. Totally aku seronok dengan trip ke JBS Spore ni and it will become a memorable one if Malaysia can beat Singapore 🙂

So, see you on Thursday at SBJ. Go Harimau Malaya!

Barisan pemain UTM menentang UUM

Berdiri : Khairul, Wan Norzaidi, Kamaruzaman, Zaini, Fakhrul Radzi, Fauzee

Duduk : Nazwar, Nordin, Faezel, Megat, Wan Yusryzal

Sudah selangkah ke suku akhir tapi tersingkir!

Itulah kata-kata yang dapat digambarkan kepada UTM FC ketika seri akan menjamin UTM sebagai juara kumpulan namun begitu mereka tewas 1-2 di tangan UUM. Walaupun menunjukka permainan menarik dan mengutip mata maksimum dalam dua perlawanan awal, UTM tewas dengan UUM menerusi head to head apabila perbezaan gol, jaringan dan bolos sama bagi kedua-dua pasukan (jaringan 5 bolos 3). Perkara 6.1.3.2 dalam peraturan permainan bolasepak senior menyebut ” Jika masih seri, pertemuan antara pasukan berkenaan diambil kira, pasukan yang mengalahkan pasukan lawan akan dikira menang”.

Kapten UTM Zaini bersama kapten UUM

Jurulatih, Murhisham membuat beberapa pertukaran setelah beberapa pemain kepenatan apabila mengharungi jadual padat dan kebimbangan kad amaran beberapa orang pemain merehatkan, kapten Fitri Amir, Dzulhelmi dan Budiman sambil mencuba gandingan Kamaruzaman dan Fauzee di pertahanan dan Nordin di posisi serangan. UUM yang memerlukan kemenangan besar bagi memintas UTM mengasak bertali arus pada separuh masa pertama sehingga Kamaruzaman dan Fauzee ditimpa kecederaan. Kesempatan sewaktu Fauzee menerima rawatan digunakan UUM apabila lambungan dari luar dikuis masuk oleh kapten UUM pada minit ke 15. Lantas pertukaran pemain dilakukan dengan masukkan Budiman dan Dzulhelmi setelah KAmaruzaman juga turut mengalami kejang otot. Pada minit ke 35 UTM hampir menjaringkan gol penyamaan apabila sepakan sudut Nordin gagal dikuis masuk oleh Faezel walaupun hanya berdepan penjaga gol lawan. Separuh masa pertama tamat dengan UTM 0 UUM 1.

Bermula separuh masa kedua, Fitri Amir dimasukkan bagi menambah sengat di barisan serangan. Nyata kemasukan itu berbaloi apabila UTM kembali mengasak dan pada minit ke 66, Zaini menggelecek dua orang pemain pertahanan dan terus merembat kencang bagi gol penyamaan. Gol itu nyata tidak membunuh semangat juang lawan yang hanya memerlukan dua minit untuk kembali mendahului menerusi rembatan pemain sayap kiri dan gagal ditepis oleh Megat. Menyedari Unisza telah mencetak lima gol di padang sebelah, UTM tidak mahu ketinggalan dan menyerang lagi namun gol yang dicari tak kunjung tiba. Akhirnya selepas berkira-kira dan merujuk kepada peratura, nyata UTM tersingkir sekali lagi.

Jurulatih UTM, Murhisham berkata nasib nyata tidak menyebelahi pasukannya walaupun telah bermain baik. Rata-rata pemain beraksi bersungguh-sungguh. Pemain UTM juga nyata kecewa dengan keputusan ini da berharap akan mara ke peringkat lebih jauh lagi pada tahun hadapan.

Statistik Perlawanan dengan UUM:

Gol : Zaini 62′

Kad Kuning : Zaini 3′

Pertukaran : Kamaruzaman-Budiman 10′, Fauzee-Dzulhelmi 15′, Nordin-Fitri 40′, Nazwar-Erwan 79′

Statistik keseluruhan SUKUM 2011 :

Gol : Zaini (3), Fitri Amir (2)

Kad Kuning : Budiman, Shahrizan, Zaini

Jumpa lagi di SUKUM 2012 di UUM.

Kesebelasan utama UTM menentang Unisza

Berdiri : Fitri Amir, Megat, Budiman, Nazwar, Zaini, Fauzee.

Duduk : Wan Yusryzal, Dzulhelmi, Shahrizan, Wan Norzaidi, Faezel

Selangkah Ke Suku Akhir!

Begitulah pencapaian UTM FC apabila berjaya menundukkan Unisza 1-0 petang tadi. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh penyerang berbisa UTM, Zaini Kamar.

Kapten UTM, Fitri Amir dan kapten Unisza, Zulharisham bertukar cenderemata

Perlawanan yang disaksikan hampir 200 orang penyokong bermula dengan penuh hati-hati oleh kedua-dua pasukan. UTM yang membuat sedikit pertukaran dengan meletakkan Nazwar di bahagian sayap kiri dan Dzulhelmi di pertahanan kiri dilihat sedikit struggle pada 10 minit pertama sehingga diasak bertali arus. Walaubagaimanapun, UTM berjaya menyerap asakan lawan yang dibarisi bekas pemain Terengganu Zulharisham Awang. 10 minit sebelum tamat separuh masa pertama Wan Norzaidi hampir menceriakan penyokong UTM apabila tandukannya sedikit tersasar hasil sepakan penjuru Faezel. Separuh masa pertama tamat 0-0.

Atas : Wan Norzaidi merebut bola dari pihak lawan

Bawah : Fauzee mengeluarkan bola dari kawasan bahaya

Separuh masa kedua, UTM kembali menyerang ke kubu Unisza dan Fitri Amir hampi memecah kebuntuan apabila rembatannya dari luar kotak penalti hanya sedikit melewati palang. Beberapa pertukaran telah dibuat dengan memasukkan Fakhrul Radzi, Kamaruzaman bagi memantapkan asakan dan hasilnya penyerang berbisa UTM, Zaini berjaya mencuri ruang untuk merembat masuk hantara Fitri Amir 10 minit sebelum perlawanan tamat. Sebaik sahaja gol tersebut dihasilkan, pemain UTM terus mengungguli permainan dan barisan pemain Unisza terus hampa apabila asakan mereka kerap tersekat di barisan tengah UTM. Kedudukan kekal sehingga tamat permainan.

Pemain UTM gembira menyambut jaringan tunggal perlawanan yang dijaring oleh Zaini

“Pemain telah menunjukkan peningkatan dari perlawanan pertama dan setiap pemain bertindak mengikut arahan”, kata jurulatih UTM Murhisham. Ketua pasukan UTM Fitri Amir turut memuji semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan oleh semua pemain sehingga terciptanya kemenangan ini. UTM unggul di tangga teratas kumpulan D dengan enam mata. Perlawanan terakhir peringkat kumpulan adalah pada 13 Julai ini.

TAHNIAH UTM!

Duduk dari kiri : Wan Yusryzal, Zaini, Faezel, Fauzee, Megat, Dzulhelmi, Wan Norzaidi, Budiman

Barisan Kedua : Rosazizi, Khairul, Shahrizan, Fakhrul Radzi, Murhisham (Jurulatih), Nazwar, Fitri Amir, Khadari (Pengurus)

Barisan Ketiga : Erwan, Izzat, Kamaruzaman, Nordin

 

Permulaan Yang Baik!

Itulah ungkapan pertama dapat diungkapkan kepada pasukan UTM atas kemenangan 3-1 ke atas UMK pada perlawanan sulung bolasepak SUKUM 2011 di Padang A UTeM petang tadi. Bermula dengan agak perlahan, UTM dikejutkan seawal minit 15 apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti selepas Budiman Mat Jaafar mengasari pemain lawan dalam kotak penalti. Pemain UMK mudah menyempurkan sepakan penalti tersebut dan mendahului UTM 1-0. Asakan bertali arus kemudian dilancarkan dan hasilnya pada minit ke 32 Mohd Fitri Amir Ramli berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil kesilapan penjaga gol.


Separuh masa kedua UTM terus mengganas apabila hanya memerlukan 11 saat untuk kembali mendahului 2-1 sekali lagi menerusi tandukan Mohd Fitri Amir hasil hantaran silang Faezel Abdul Hamid. UMK terus melancarkan serangan bagi menyamakan kedudukan dan perlawanan agak tegang dengan beberapa kekasaran yang dilakukan pemain UMK. Walaubagaimanapun, pemain UTM masih boleh mengawal keadaan dan emosi sebelum Zaini Kamar menyudahkan hantaran silang Fitri pada minit ke 80 untuk menutup terus peluang UMK untuk bangkit.

Kemenangan ini menyuntik moral pemain untuk bertemu Unisza petang esok. Diharap persembahan yang lebih meyakinkan bagi mencari slot ke suku akhir. Berikut adalah statistik perlawanan :

Barisan pemain : Megat, Dzulhelmi, Fauzee (Wan Yusryzal) (Erwan), Budiman, Nazwar, Faezel, Wan Norzaidi, Shahrizan, Fakhrul Radzi (Kamaruzaman), Fitri Amir, Zaini (Khairul)

Jaringan : Fitri Amir 32′, 41′ Zaini 82′

Kad Kuning : Shahrizan 10′, Budiman 14′