Archive for August, 2011

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua rakan taulan yang sudi menjengah ke blog aku ni. Tahun ni kita beraya sekali dengan ulangtahun kemerdekaan ke 54. Ada yang kata Merdeka Raya. Takpelah apapun kita perlu faham apa maksud raya dan merdeka. Kedua-duanya wajib disambut bagi mengenali dan mendalami fitrah kita sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia. Ok jom kita tengok apa yang sinonim dengan raya:

1. Kampung – Hari raya mesti orang nak balik kampung. Tak kita jauh ke dekat kampunglah tempat paling happening untuk gathering raya dan kumpul sanak saudara.

2. Kad raya – Semakin maju teknologi semakin pupus kad raya. Tapi tahun ni aku masih mengekalkan tradisi hantar kad raya. Siapa yg dapat tu kira bertuahla badan. Bukan apa just nak kekalkan budaya dan ada sikit human touch di situ.

3. Duti raya – Dulu masa kecik2 kumpul duit sampai RM10.00 pastu pegi main game kat The Mall. Sekarang ni dapat singgit budak2 da bising. Tapi biarlah kita yang memberi ni ikhlas. Ada lebih kasi lebih. Semoga kita dapat pahal bersedekah.

4. Shopping Mall – Tak kiralah besar ke kecik daripada kedai runcit sampai hypermarket, memang penuh orang. Dah tau nak raya tapi masih nak beli last minit. Agaknya diorang ni suke bersesak-sesak sambil dengar lagu raya kot ๐Ÿ˜€

5. Cerita sedih – Asal nak raya je cerita melayu yang sedih2 mula keluar. Dah macam raya melayu ni ending dia sedih pulak. Pengarah drama, sila tukar paradigma anda sebelum kaum lain memandang enteng.

Akhir sekali, terimalah the best ever raya song by Ahmad Jais. Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin ๐Ÿ˜€

Rajagobal Tepis Kecaman

Posted: 07/08/2011 in Sukan

MAsih lagi dengan bolasepak kelayakan WC2014. Rasanya dah seminggu lebih tak habis2 lagi isu ni. Kecewa rakyat Malaysia berpanjangan. Ingatkan masuk Ramadhan dah reda, tapi mereka masih memperkatakannya. Kalau masuk takpe ni kalah. Baguslah camtu. Harap lepas ni ambik tahulah pasal bolasepak Malaysia semasa jatuh dan bangun.

Pagi tadi aku terbaca interview Rizal Hashim dengan coach Raja. Agak menarik kupasan Rizal Hashim yang minggu lepas mengecam tindakan taktikal Raja yang kurang berkesan. Beberapa intipati temubual dengan Raja menarik minat aku sebagai pemain dan peminat. Apapun statement Raja ada benarnya. Kalau sekadar minat pasti Raja akan dimaki, nasib baik aku dilahirkan sebagai pemain kemudian peminat, jadi serba sedikit perlu ada win-win situation antara pengkritik dengan pelaksana. Aku conclude apa yang Raja ulas:

1. Penjaga Gol – Sharbinee, Apek even Farizal dikatakan mempunyai standard yang sama sehingga Raja pening nak pilih sape untuk line up. Kesilapan meletakkan Sharbinee ketika pertemua pertama di JBS diakui. Kalau Apek pasti ada usah untuk menyelamatkan gawang dan bukan sekadar menuding jari kepada pertahanan. Tapi harus diingat Sharbinee juga bekerja keras menangkis asakan di JBS.

2. Pertahanan – Keempat-empat pemain pertahanan adalah sama ketika menjulang Piala AFF. Secara logiknya, tiada masalah untuk mereka bersama. Raja hilang Aidil, Sabre dan Nasriq dan takde pilihan lain. Tukar pemain bukan polisis Raja kerana Raja lebih bersikap fix the broke. Contohnya kalau mistake on man marking betulkan cara bukan tukar pemain. Kalau tak sampai bila2 pun mistake yang sama.

3. Ismail Faruqi – Kurang pengalaman tapi menunjukkan potensi ketika menentang Arsenal dan Liverpool. Layak main berdasarkan merit. Beliau tunjang Terengganu dan punyai teknik mantap melalui sepakan percuma dan corner. Rajin turun nai, sesuai dengan taktikal Raja, menyerang dan pantas bertahan.

4. Baddrol dan Ashaari – Ashaari berat menyerang. Lebih suka delay game dan kurang aggresif. Badd pula kalah dari segi merit dengan Ismail. So both of them jadi second option Raja depends on the game situation.

5. Amar dan Shakir – Amar lebih robust dengan tugas fetch and collect. Punyai tackletepat walaupun kurang skill. Bagus untuk tengah bertahan. Shakir lebih offensive ala Safiq, tackle keras dan selalu commit fouls. Raja, coach Tan dan Fauzi telah bincang habis pasal line up ni so diorg pilih based on merit.

6. Target Asia Cup 2015 – Merupakan target utama Raja. Akui Raja terkilan terlepas 6 game berkualiti jika layak pusingan ketiga namun perancangan harus diteruskan. Misi utama mengekalkan Piala AFF tahun depan dan mulai 2012 mula kempen kelayakan untuk Asia Cup 2015.

Cuma satu je yang Rizal tanya tapi Raja tak ulas pasal Fakri Sharaani. Mungkin Raja akui kesilapannya atau editor tak tulis atau Raja sendiri tak ulas. Hanya dia yang tau ๐Ÿ™‚

Pictures credit to : Osman Adnan, Support Malaysian League FB, FIFA.com.

p/s : Ketika post ini ditulis HM baru saja tewas dengan Selangor 0-1 di SSA hasil jaringan Rudie Ramli. To conclude, it is 6th defeat in a row…

Iklan Ramadhan 8TV

Posted: 07/08/2011 in Bacaan Ringan

Awal Ramadhan dulu, kita dikejutkan dengan satu lagi kontroversi apabila salah satu iklan Ramadhan dari 8TV ditarik balik setelah mendapat bantahan dari NGO kononnya iklan tersebut bersifat rasis. Amoi dalam iklan ni mengamalkan sikap kepoh, makan di tempat awam dan berpakaian kurang sopan di bazar mencetuskan rasa marah kaum Cina kononnya iklan ini menggambarkan keburukan mereka. Komen aku mengenai iklan ini:

1. Macam iklan biasa. Takde cacat celanya, hanya sekadar peringatan kepada kaum lain bahawa bulan puasa telah tiba dan kaum lain perlu menghormatinya;

2. Pasal amoi tupun ok. Janganlah kaum cina rasa touching sangat sebab kalau nak menghina, dah lama si pelakon pun tak terima tawaran berlakon iklan tu;

3. NGO dah takde keje ke asyik nak protes iklan itu ini? Perlu diingat Islam agama rasmi Malaysia. Jadi mana-mana produksi dan iklan berlandaskan Islam boleh ditayangkan;

4. Gugat keharmonian? Rasis? Tidak pada aku. Kerana sekali lagi Islam agama rasmi. Kalau nak ikut 1Malaysia, akhir iklan tu da nampak 1Malaysia, ada pengacara melayu, india dan india;

5. Pihak kementerian sepatutnya jangan beralah. Walaupun kita hidup berbilang kaum, nak jaga hati org sana sini kena ingat jugak Islam agama rasmi. Kang tak pasal2 hanya tinggal nama sebab nak jaga hati. Kaum lain pun kena terima walaupun ada kaum juga berpuasa.

 

Berakhirnya cabaran Malaysia di pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 menyaksikan satu tamparan hebat kepada Datuk K. Rajagobal berikutan terlepasnya enam perlawanan antarabangsa bertaraf tinggi bagi menyiapkan pasukan untuk layak ke Piala Asia 2015. Ia juga akan mempengaruhi ranking FIFA kerana lawan dalam pusingan ketiga ini semuanya hebat-hebat belaka. Untuk layak ke Piala Dunia memang jauh panggang dari api tapi sekurang-kurangnya pasukan ini mampu menunjukkan peningkatan melalu perlawanan kelayakan ini. Sayangnya nasi telah menjadi bubur. Tewasnya kita kepada Singapura menyaksikan negara seberang tambak itu bersama Thailand dan Indonesia beraksi dalam pusingan ketiga dan lebih mencabar. Ini bermakna juara AFF akan rileks aje di rumah menonton tv sambil tiga negara ini akan memperbaiki ranking FIFA jika menang dan akan diberi kelebihan pada kejohonan akan datang.

Selepas usai pengundian kumpulan pusingan ketiga semalam, inilah hasilnya:

Kumpulan A : China, Jordan, Iraq, Singapore

Kumpulan B : Kores Selatan, Kuwait, UAE, Lubnan

Kumpulan C : Jepun, Uzbekistan, Syria, Korea Utara

Kumpulan D : Australia, Saudi Arabia, Oman, Thailand

Kumpulan E : Iran, Qatar, Bahrain, Indonesia

Kesemua pasukan akan bermain enam perlawanan (home/away) dan juara kumpulan akan layak ke Piala Dunia 2014 di Brazil. SAtu dari lima pasukan ini yang mendapat mata terendah akan bermain dalam play off menentang pasukan yang akan ditentukan oleh FIFA nanti.

Kepada Singapura, Thailand dan Inodesia…selamat berjuang demi memartabat bolasepak rantau Asia Tenggara. Kepada pemain, jurulatih dan pengurus Harimau Malaya, buatlah intipan, rakaman video dan persediaan agar matlamat Piala Asia 2015 tidak hanya omongan kosong.

Ramadhan Datang Lagi

Posted: 01/08/2011 in Bacaan Ringan

Ramadhan datang lagi…Alhamdulillah Allah panjangkan umur untuk aku dan kita semua menikmati bulan yang penuh keberkatan ini. Tibanya bulan Ramadhan seakan satu fenomena di mana-mana. Masjid kelihatan penuh dengan umat beribadat, pasar basah sibuk dengan jualan barangan basah untuk dimasak, kanak-kanak riang ria bermain di sana sini dan tak lupa juga bazar Ramadhan yang memanjang di setiap kawasan perumahan. Uniknya sepanjang bulan -bulan lain tiada dirasai kemeriahan seperti ini. Itulah uniknya Ramadhan.

Tahun ini Ramadhan aku disambut dengan kehadiran anak sulungku yang kini dah nak masuk 4 bulan. Kali pertama sahur, dia pun nak sahur sekali. Tahun lepas bini aku baru mengandung. Tak kisah sangat pasal sahur tu sebab bukan makan nak kenyang sekadar sahur sahaja. Kalau dulu cukuplah dengan tiga biji kurma air segelas pastu lepas sembahyang tidur balik ๐Ÿ™‚ Buka puasa pun hari-hari jengah rumah mak di Taman Cempaka sebab kalau nak balik rumah memang sangkut la jammed di tengah jalan. So, tahun ni pun nampaknya begitulah.

Dengan kehadiran Ramadhan juga bukanlah alasan untuk kita rileks waktu kerja. Kerja macam biasa cuma takde waktu makan je. Aku rasa ok jer, tapi taktaulah ada sesetengah orang angkat itu tak boleh, buat program ni tak boleh macam penat sangat. Kalau camtu baik tak payah keje je sebulan. Duduk rumah rileks jer. So, hopefully dalam bulan penuh keberkatan ni marilah kita sama-sama penuhi dengan ibadah puasa dan ibadah tugas kita tanpa culas.

Sebelum bersurai, meh aku kongsikan fadhilat solat sunat terawih di bulan Ramadhan :

KELEBIHAN SOLAT TERAWIH

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah โ€˜Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Firโ€™aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul โ€˜Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah SWT akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah SWT akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firmanNya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad saw yang bernama Al Kautsar.

Selamat berpuasa ๐Ÿ™‚